Sunday, 20 November 2011

PELBAGAI MANFAAT BUNGA

1. Bunga Kekwa
    - Penghias halaman, dihadiahkan kepada orang yang tersayang, pengikat kasih   
       sayang, menziarahi orang sakit.
2. Bunga Orkid
    - Jambangan bunga, ditanam di halaman rumah, lanskap hiasan dan penyeri kawasan.
3. Bunga Melur
    - Pembuatan minyak wangi, menggunakan pati bunga, mewangikan badan dan
      kalungan bunga.
4. Bunga Roselle
    - Jus minuman berkhasiat, perasa minuman, tinggi vitamin C, Menyejukkan badan dan
      melancarkan  proses penghadaman.
5. Bunga Urang-Aring
    - Hiasan rambut, melebatkan rambut, bahan kecantikkan, membuat syampu rambut
      dan pembuatan tonik.
6. Bunga Kantan
    - Bahan masakan, masakan asam pedas, kuah asam Laksa, Mee Laksa dan membuka
      selera.

Kemandirian Tumbuhan

      Ciri fizikal tumbuhan ialah jenis batang berkayu dan tidak berkayu, jenis akar tunjang dan akar serabut, Jenis daun urat jejala dan urat selari serta jenis berbunga dan tidak berbunga. Manakala ciri-ciri tumbuhan ialah cara membiak melalui biji benih dan spora. Habitat tumbuhan di darat dan di air.
      Cara tumbuhan melindungi diri daripada musuh ialah terdapat duri pada batang dan buah. Terdapat tumbuhan yang beracun yang boleh mendatangkan maut. Bulu pada daun dan batang boleh menyebabkan rasa gatal dan kektus yang mempunyai daun yang berbentuk duri dan batang yang menyimpan air bagi membolehkannya hidup di gurun. Gerak balas tumbuhan berlaku dengan cara akar tumbuh ke arah air dan tumbuhan tumbuh ke arah cahaya matahari.
      Tumbuhan memastikan kemandirian spesiesnya dengan cara menyebarkan biji benih jauh dari induk. Penyebaran dapat mengelakkan persaingan untuk mendapatkan keperluan asas seperti cahaya matahari, air dan garam mineral. Biji benih disebarkan dengan pelbagai cara seperti disebarkan oleh angin, haiwan, air dan letupan.
       Tumbuhan amat penting kepada manusia dan haiwan kerana tumbuhan adalah dikenali sebagai pengeluar makanan utama bagi hidupan di muka bumi ini. Tumbuhan berbunga juga dapat mencantikkan pemandangan alam semesta dengan pokok bunga yang berwarna-warni. 

Dunia Tumbuhan

    Tumbuhan merupakan benda hidup yang terdapat di alam semesta. Tumbuhan memerlukan cahaya Matahari untuk melakukan proses Fotosintesis. Proses Fotosintesis adalah proses di mana tumbuhan menghasilkan makanan sendiri. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan di sekitar kita. Tumbuhan terbahagi kepada tumbuhan berbunga dan tumbuhan tidak berbunga.
      Tumbuhan jenis berbunga juga adalah tumbuhan yang berbuah dan tidak berbuah.  Contoh  tumbuhan berbunga seperti bunga raya, bunga orkid, bunga ros,bunga keembung, Pokok Kektus dan bunga kekwa. Tumbuhan berbuah seperti pokok Durian, Pokok Mangga, Pokok Pisang, Pokok Kelapa, pokok Rambutan.  Manakala tumbuhan tidak berbunga seperti rumput,Lumut, Pokok Paku Pakis, Pokok Tebu, Pokok herba seperti Serai .