Sunday 20 November 2011

Kemandirian Tumbuhan

      Ciri fizikal tumbuhan ialah jenis batang berkayu dan tidak berkayu, jenis akar tunjang dan akar serabut, Jenis daun urat jejala dan urat selari serta jenis berbunga dan tidak berbunga. Manakala ciri-ciri tumbuhan ialah cara membiak melalui biji benih dan spora. Habitat tumbuhan di darat dan di air.
      Cara tumbuhan melindungi diri daripada musuh ialah terdapat duri pada batang dan buah. Terdapat tumbuhan yang beracun yang boleh mendatangkan maut. Bulu pada daun dan batang boleh menyebabkan rasa gatal dan kektus yang mempunyai daun yang berbentuk duri dan batang yang menyimpan air bagi membolehkannya hidup di gurun. Gerak balas tumbuhan berlaku dengan cara akar tumbuh ke arah air dan tumbuhan tumbuh ke arah cahaya matahari.
      Tumbuhan memastikan kemandirian spesiesnya dengan cara menyebarkan biji benih jauh dari induk. Penyebaran dapat mengelakkan persaingan untuk mendapatkan keperluan asas seperti cahaya matahari, air dan garam mineral. Biji benih disebarkan dengan pelbagai cara seperti disebarkan oleh angin, haiwan, air dan letupan.
       Tumbuhan amat penting kepada manusia dan haiwan kerana tumbuhan adalah dikenali sebagai pengeluar makanan utama bagi hidupan di muka bumi ini. Tumbuhan berbunga juga dapat mencantikkan pemandangan alam semesta dengan pokok bunga yang berwarna-warni. 

No comments:

Post a Comment