Sunday, 11 December 2011
Mensyukuri Nikmat Allah
SAJAK
Syukur aku
Dilahirkan di sini
Suasana nyaman indah sekali
Perutmu sarat dengan hasil bumi
Yang pastinya mampu meningkatkan ekonomi
Syukur aku
Dibesarkan di sini
Hidup bersama pelbagai fauna
Yang jarang-jarang kita temui
Yang kadang-kadang menimbulkan
Misteri
Syukur aku
Miliki pertiwi ini
Yang membiakkan flora yang amat bererti
Selain menjadi sumber rezeki
Pelbagai penyakit, kau ubati.
Akan ku pertahankan khazanah ini
Akan kucantas tangan-tangan liar
Yang berhasrat menguburkan hayatmu
Kerana ku amat menghargai
Jasamu nan luhur dan abadi.
Nazam Kecanggihan Akal
Flora dan fauna menghiasi alam semester,
Menyimpan rahsia kepelikan alam buana.
Di muka bumi ada banyak jenis tumbuhan,
Termasuk juga yang pelik mencabar fikiran.
Aneka bunga hidup subur keliling kita,
Kumpulkan maklumat serta kayakan minda.
Ilmu pengetahuan perlu dicari sentiasa,
Bersumberkan buku ataupun secara maya.
Kembara Sejarah
Pantun pengembaraan
Pokok beringin pokoklah saka,
Subur tumbuhnya berdaun lebat ,
Laksamana Cheng Ho pergilah ke Melaka,
Dua negara jadilah sahabat.
Cantik nian bunga angsana,
Cantik juga bunga siantan,
Sultan Muhammad ke negeri China,
Membawa misi teguh persahabatan.
Bunga lengkuas bungalah kantan,
Jadi ramuan hidangan suri,
Munsyi Abdullah pergi ke Kelantan,
Ilmu pengetahuan tujuan dicari.
Bakul diletak didalam talam,
Penuh berisi buah peria,
Anak Malaysia di serata alam,
Membawa miksi keamanan dunia.
PANTUN NASIHAT
Burung kenek-kenek,
Hinggap di atas dahan,
Pesan datuk nenek,
Patuh perintah Tuhan.
Burung kenek-kenek,
Hinggap di Pohon Kelapa,
Pesan datuk nenek,
Patuhilah ibu bapa.
Burung kenek-kenek,
Hinggap di pohon Sena,
Pesan datuk nenek,
Jadi orang berguna.
WARISAN ALAM
Pelik tetapi Benar
Pokok Periuk Kera
Hidup subur di tanah tinggi. Mendapatkan makanan dengan memerangkap serangga yang datang menghampirinya.Terdapat tiga bahagian utama pokok ini, iaitu kantung, mulut dan penutup. Mulutnya berbentuk corong dan permukaan dalm keras,licin dan bergerigi. Bahagian dalam kantung terdapat cecair berenzim yang keluar melalui kelenjar dinding kantung. Dinding yang licin memerangkap serangga dan bahagian penutup yang berkelenjar akan tertutup menghalang serangga keluar daripada kantung. Serangga akan dicerna oleh enzim lalu zat yang terurai akan diserap sebagai makanan.
Tumbuhan satu sel
Tumbuhan satu sel membentuk kumpulan besar dikenali sebagai alga. Alga tumbuhan paling ringkas di dunia. Tumbuhan ini tidak mempunyai akar, batang atau daun. Alga terapung di permukaan tasik atau lautan dan kebanyakkan alga berwarna hijau.
Rumpai Laut
Sejenis tumbuhan yang terdapat di laut. Tergolong dalam kumpulan alga. Tetapi ianya mempunyai banyak sel. Biasanya berwarna hijau, merah dan perang. Contoh Ulva atau salad laut yang berwarna hijau.
Pokok Sundew
Tumbuhan tanah gambut. Memperolehi makanan dengan cara memerangkap serangga. Sundew diselaputi tentakel yang mengeluarkan cecair pekat. Serangga yang menghampiri akan terlekat pada daun. Tentakel akan menghasilkan enzim penghadaman untuk menghancurkan bahagian badan serangga yang lembut.
Pengayaan
Soalan
1. Apakah bunga yang terbesar di dunia ?
2. Apakah tumbuhan yang terawal di muka bumi ?
3. Mengapakah tumbuhan condong ke arah matahari ?
4. Mengapakah tumbuhan menghasilkan bunga?
5. Apakah tumbuhan yang boleh hidup di padang pasir?
6. Mengapakah Dedalu menumpang pada pokok lain ?
Buku Skrap
Pengukuhan
Aktiviti : Projek Penyediaan Buku Skraf
Tajuk : Tumbuhan
Arahan :
1. Sediakan 1( satu ) Portfolio berkenaan tumbuhan .
2. Lekatkan atau lukis gambar tumbuhan yang terdapat di sekeliling anda.
3. Tulis nama tumbuhan yang anda ketahui.
4. Senaraikan ciri-ciri fizikal dan habitat tumbuhan tersebut.
Tugasan Individu
Lembaran kerja Individu
Topik : Tumbuhan
Nama : __________________________________________ Tarikh :_________________
Arahan :
A. Lengkapkan.
Tumbuhan Berbunga | Tumbuhan Tidak Berbunga |
1. _______________________ 2. _______________________ 3. _______________________ 4. _______________________ 5. _______________________ | 1. __________________________ 2. __________________________ 3. __________________________ 4. __________________________ 5. __________________________ |
B. Lukis dan warnakan tumbuhan berikut.
1) Bunga Ros | 2) Pokok Pisang | 3) Pokok Keladi |
Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 1
Tugasan Aktiviti Kumpulan
Topik : Tumbuhan
Nama Kumpulan : ____________________________ Tarikh : _____________
Soalan 1
Lukis dan warnakan 3 jenis Tumbuhan .
(i) Tumbuhan Berbunga
(ii) Tumbuhan Tidak Berbunga
Tumbuhan Herba
Tumbuhan Herba ialah Jenis-jenis tumbuhan yang boleh dijadikan ubat-ubatan tradisional bagi menyembuhkan sebarang penyakit dalam badan manusia. Terdapat beberapa jenis tumbuhan yang boleh dijadikan ubat-ubatan. Tumbuhan ini dikenali sebagai tumbuhan herba.
Tumbuhan herba terdiri daripada :-
1. Pokok Halia
2. Pokok Kunyit
3. Pokok Serai
4. Bunga Cempaka
5. Pokok Bunga Raya
6. Bunga Rosselle
7. Lidah Buaya ( Alovera )
8. Pokok Lengkuas
9. Daun Sirih
10. Pokok Pinang
Galeri Info
Habitat = kawasan /tempat tinggal haiwan atau tumbuhan.
Flora = Tumbuh-tumbuhan
Bunga Reflfesia = Bunga yang paling besar di dunia
Pendebungaan = proses perpindahan debunga dari cepu debunga ke stigma.
Herba = Tumbuhan yang dijadikan bahan ubat-ubatan tradisional
Kektus = Batangnya boleh menyimpan banyak air untuk keperluan asasnya
Paku pakis = tumbuhan terawal di muka bumi
Dedalu = menumpang pada tumbuhan lain untuk menbdapatkan makanan
Peranan Bahagian-bahagian Bunga
J Setiap bahagian bunga ada tugas masing-masing.
1. Tangkai Bunga - Memegang dasar bunga.
2. Bahagian Luar Bunga (Sepal) – Melindungi kuntum bunga Sebelum bunga mengembang.
3. Kelopak Bunga ( Petal ) Kelopak bunga berwarna terang di bahagian dalam sepal
- untuk menarik perhatian serangga menghampiri bunga.
4. Organ Jantan Bunga( Stamen) – terdapat cepu debunga yang terletak pada hujung
filamen.
filamen.
5. Karpel terletak dihujung tangkai – Organ pembiakan betina mengandungi ovari dan
Stigma. Setiap satu ovari mengandungi Ovum.
Stigma. Setiap satu ovari mengandungi Ovum.
6. Ovum – Sel telur betina.
J Pendebungaan ialah proses perpindahan debunga dari cepu debunga ke stigma. Serangga
atau haiwan kecil adalah antara agen pendebungaan bagi Bunga.
atau haiwan kecil adalah antara agen pendebungaan bagi Bunga.
Thursday, 8 December 2011
Wednesday, 7 December 2011
Tumbuh-tumbuhan
Tumbuh-tumbuhan kelihatan segar dan subur kerana keperluan asas dipenuhi.
Keperluan Asas Tumbuhan
Air, udara dan cahaya matahari ialah keperluan asas tumbuhan untuk terus hidup.
Tumbuhan akan mati tanpa udara.
Akar tumbuhan menyerap air dari dalam tanah.
Tumbuhan akan layu dan mati sekiranya tidak mendapat air.
Kita perlu memastikan tumbuhan mendapat keperluan asas supaya tumbuhan hidup dengan subur.
Tumbesaran Tumbuhan
Semasa tumbesaran, tumbuhan mengalami pertambahan tinggi dan pertambahan bilangan daun.
Sunday, 20 November 2011
PELBAGAI MANFAAT BUNGA
1. Bunga Kekwa
- Penghias halaman, dihadiahkan kepada orang yang tersayang, pengikat kasih
sayang, menziarahi orang sakit.
2. Bunga Orkid
- Jambangan bunga, ditanam di halaman rumah, lanskap hiasan dan penyeri kawasan.
3. Bunga Melur
- Pembuatan minyak wangi, menggunakan pati bunga, mewangikan badan dan
kalungan bunga.
4. Bunga Roselle
- Jus minuman berkhasiat, perasa minuman, tinggi vitamin C, Menyejukkan badan dan
melancarkan proses penghadaman.
5. Bunga Urang-Aring
- Hiasan rambut, melebatkan rambut, bahan kecantikkan, membuat syampu rambut
dan pembuatan tonik.
6. Bunga Kantan
- Bahan masakan, masakan asam pedas, kuah asam Laksa, Mee Laksa dan membuka
selera.
- Penghias halaman, dihadiahkan kepada orang yang tersayang, pengikat kasih
sayang, menziarahi orang sakit.
2. Bunga Orkid
- Jambangan bunga, ditanam di halaman rumah, lanskap hiasan dan penyeri kawasan.
3. Bunga Melur
- Pembuatan minyak wangi, menggunakan pati bunga, mewangikan badan dan
kalungan bunga.
4. Bunga Roselle
- Jus minuman berkhasiat, perasa minuman, tinggi vitamin C, Menyejukkan badan dan
melancarkan proses penghadaman.
5. Bunga Urang-Aring
- Hiasan rambut, melebatkan rambut, bahan kecantikkan, membuat syampu rambut
dan pembuatan tonik.
6. Bunga Kantan
- Bahan masakan, masakan asam pedas, kuah asam Laksa, Mee Laksa dan membuka
selera.
Kemandirian Tumbuhan
Ciri fizikal tumbuhan ialah jenis batang berkayu dan tidak berkayu, jenis akar tunjang dan akar serabut, Jenis daun urat jejala dan urat selari serta jenis berbunga dan tidak berbunga. Manakala ciri-ciri tumbuhan ialah cara membiak melalui biji benih dan spora. Habitat tumbuhan di darat dan di air.
Cara tumbuhan melindungi diri daripada musuh ialah terdapat duri pada batang dan buah. Terdapat tumbuhan yang beracun yang boleh mendatangkan maut. Bulu pada daun dan batang boleh menyebabkan rasa gatal dan kektus yang mempunyai daun yang berbentuk duri dan batang yang menyimpan air bagi membolehkannya hidup di gurun. Gerak balas tumbuhan berlaku dengan cara akar tumbuh ke arah air dan tumbuhan tumbuh ke arah cahaya matahari.
Tumbuhan memastikan kemandirian spesiesnya dengan cara menyebarkan biji benih jauh dari induk. Penyebaran dapat mengelakkan persaingan untuk mendapatkan keperluan asas seperti cahaya matahari, air dan garam mineral. Biji benih disebarkan dengan pelbagai cara seperti disebarkan oleh angin, haiwan, air dan letupan.
Tumbuhan amat penting kepada manusia dan haiwan kerana tumbuhan adalah dikenali sebagai pengeluar makanan utama bagi hidupan di muka bumi ini. Tumbuhan berbunga juga dapat mencantikkan pemandangan alam semesta dengan pokok bunga yang berwarna-warni.
Dunia Tumbuhan
Tumbuhan merupakan benda hidup yang terdapat di alam semesta. Tumbuhan memerlukan cahaya Matahari untuk melakukan proses Fotosintesis. Proses Fotosintesis adalah proses di mana tumbuhan menghasilkan makanan sendiri. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan di sekitar kita. Tumbuhan terbahagi kepada tumbuhan berbunga dan tumbuhan tidak berbunga.
Tumbuhan jenis berbunga juga adalah tumbuhan yang berbuah dan tidak berbuah. Contoh tumbuhan berbunga seperti bunga raya, bunga orkid, bunga ros,bunga keembung, Pokok Kektus dan bunga kekwa. Tumbuhan berbuah seperti pokok Durian, Pokok Mangga, Pokok Pisang, Pokok Kelapa, pokok Rambutan. Manakala tumbuhan tidak berbunga seperti rumput,Lumut, Pokok Paku Pakis, Pokok Tebu, Pokok herba seperti Serai .
Subscribe to:
Posts (Atom)