Wednesday, 7 December 2011

Tumbuh-tumbuhan

Tumbuh-tumbuhan kelihatan segar dan subur kerana keperluan asas dipenuhi.
Keperluan Asas Tumbuhan
Air, udara dan cahaya matahari ialah keperluan asas tumbuhan untuk terus hidup.
Tumbuhan akan mati tanpa udara.
Akar tumbuhan menyerap air dari dalam tanah.
Tumbuhan akan layu dan mati sekiranya tidak mendapat air.
Kita perlu memastikan tumbuhan mendapat keperluan asas supaya tumbuhan hidup dengan subur.

Tumbesaran Tumbuhan
Semasa tumbesaran, tumbuhan mengalami pertambahan tinggi dan pertambahan bilangan daun.
Setelah membesar dan cukup matang, tumbuhan akan mula mengeluarkan bunga dan berbuah.

No comments:

Post a Comment