Sunday, 11 December 2011

Indahnya CiptaanNya

Mensyukuri Nikmat Allah

SAJAK
Syukur aku
Dilahirkan di sini
Suasana nyaman indah sekali
Perutmu sarat dengan hasil bumi
Yang pastinya mampu meningkatkan ekonomi

Syukur aku
Dibesarkan di sini
Hidup bersama pelbagai fauna
Yang jarang-jarang kita temui
Yang kadang-kadang menimbulkan
Misteri
 
Syukur aku
Miliki pertiwi ini
Yang membiakkan flora yang amat bererti
Selain menjadi sumber rezeki
Pelbagai penyakit, kau ubati.

Akan ku pertahankan khazanah ini
Akan kucantas tangan-tangan liar
Yang berhasrat menguburkan hayatmu
Kerana ku amat menghargai
Jasamu nan luhur dan abadi.

Nazam Kecanggihan Akal

Flora dan fauna menghiasi alam semester,
Menyimpan rahsia kepelikan alam buana.

Di muka bumi ada banyak jenis tumbuhan,
Termasuk juga yang pelik mencabar fikiran.

Aneka bunga hidup subur keliling kita,
Kumpulkan maklumat serta kayakan minda.

Ilmu pengetahuan perlu dicari sentiasa,
Bersumberkan buku ataupun secara maya.

Kembara Sejarah

Pantun pengembaraan

Pokok beringin pokoklah saka,
Subur tumbuhnya berdaun lebat ,
Laksamana Cheng Ho pergilah ke Melaka,
Dua negara jadilah sahabat.

Cantik nian bunga angsana,
Cantik juga bunga siantan,
Sultan Muhammad ke negeri China,
Membawa  misi teguh persahabatan.

Bunga lengkuas bungalah kantan,
Jadi ramuan hidangan suri,
Munsyi Abdullah pergi ke Kelantan,
Ilmu pengetahuan tujuan dicari.

Bakul diletak didalam talam,
Penuh berisi buah peria,
Anak Malaysia di serata alam,
Membawa miksi keamanan dunia.

PANTUN NASIHAT

Burung kenek-kenek,
            Hinggap di atas dahan,
Pesan datuk nenek,
            Patuh perintah Tuhan.

Burung kenek-kenek,
            Hinggap di Pohon Kelapa,
Pesan datuk nenek,
Patuhilah ibu bapa.

Burung kenek-kenek,
            Hinggap di pohon Sena,
Pesan datuk nenek,
            Jadi orang berguna.

WARISAN ALAM

Pelik tetapi Benar

Pokok Periuk Kera
Hidup subur di tanah tinggi. Mendapatkan makanan dengan memerangkap serangga yang datang menghampirinya.Terdapat tiga bahagian utama pokok ini, iaitu kantung, mulut dan penutup. Mulutnya berbentuk corong dan permukaan dalm keras,licin dan bergerigi. Bahagian dalam kantung terdapat cecair berenzim yang keluar melalui kelenjar dinding kantung. Dinding yang licin memerangkap serangga  dan bahagian penutup yang berkelenjar akan tertutup menghalang serangga keluar daripada kantung. Serangga akan dicerna oleh enzim lalu zat yang terurai akan diserap sebagai makanan.

Tumbuhan satu sel
Tumbuhan satu sel membentuk kumpulan besar dikenali sebagai alga. Alga tumbuhan paling ringkas di dunia. Tumbuhan ini tidak mempunyai akar, batang atau daun. Alga terapung di permukaan tasik atau lautan dan kebanyakkan alga berwarna hijau.

Rumpai Laut
Sejenis tumbuhan yang terdapat di laut. Tergolong dalam kumpulan alga. Tetapi ianya mempunyai banyak sel. Biasanya berwarna hijau, merah dan perang. Contoh Ulva atau salad laut yang berwarna hijau.

Pokok Sundew
Tumbuhan tanah gambut. Memperolehi makanan dengan cara memerangkap serangga. Sundew diselaputi tentakel yang mengeluarkan cecair pekat. Serangga yang menghampiri akan terlekat pada daun. Tentakel akan menghasilkan enzim penghadaman untuk menghancurkan bahagian badan serangga yang lembut.

Pengayaan

Soalan

1.      Apakah bunga yang terbesar di dunia ?
2.      Apakah tumbuhan yang terawal di muka bumi ?
3.      Mengapakah tumbuhan condong ke arah matahari ?
4.      Mengapakah tumbuhan menghasilkan bunga?
5.      Apakah tumbuhan yang boleh hidup di padang pasir?
6.      Mengapakah Dedalu menumpang pada pokok lain ?



Buku Skrap

Pengukuhan

Aktiviti             : Projek Penyediaan  Buku Skraf
Tajuk               : Tumbuhan

Arahan             :

1.      Sediakan 1( satu )  Portfolio berkenaan tumbuhan .
2.      Lekatkan atau lukis gambar tumbuhan  yang terdapat di sekeliling  anda.
3.      Tulis nama tumbuhan yang anda ketahui.
4.      Senaraikan ciri-ciri fizikal dan habitat  tumbuhan tersebut.

Tugasan Individu

Lembaran kerja Individu

Topik : Tumbuhan

Nama : __________________________________________      Tarikh :_________________

Arahan :  
A.      Lengkapkan.



Tumbuhan Berbunga

Tumbuhan Tidak Berbunga

1.    _______________________

2.    _______________________
3.    _______________________

4.    _______________________

5.    _______________________


1.    __________________________

2.    __________________________

3.   __________________________

4.   __________________________

5.   __________________________



B.      Lukis dan warnakan tumbuhan berikut.
                         

1)       Bunga Ros
2)                  Pokok Pisang
3)                  Pokok Keladi















Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 1

Tugasan Aktiviti  Kumpulan

 Topik : Tumbuhan 

Nama Kumpulan : ____________________________                                      Tarikh : _____________

Soalan 1
Lukis dan warnakan 3 jenis  Tumbuhan .

(i)                 Tumbuhan Berbunga 


















(ii)               Tumbuhan Tidak Berbunga
















Tumbuhan Herba

Tumbuhan Herba ialah Jenis-jenis tumbuhan yang boleh dijadikan ubat-ubatan tradisional bagi menyembuhkan sebarang penyakit dalam badan manusia. Terdapat beberapa jenis tumbuhan yang boleh dijadikan ubat-ubatan. Tumbuhan ini dikenali sebagai  tumbuhan herba.

Tumbuhan herba terdiri daripada  :-

1.      Pokok Halia
2.      Pokok Kunyit
3.      Pokok Serai
4.      Bunga Cempaka
5.      Pokok Bunga Raya
6.      Bunga Rosselle
7.      Lidah Buaya ( Alovera )
8.      Pokok Lengkuas
9.      Daun Sirih
10.  Pokok Pinang

Galeri Info











Habitat = kawasan /tempat tinggal haiwan atau tumbuhan.
Flora =  Tumbuh-tumbuhan
Bunga Reflfesia = Bunga yang paling besar di dunia
Pendebungaan = proses perpindahan debunga dari cepu debunga ke stigma.
Herba = Tumbuhan yang  dijadikan bahan ubat-ubatan tradisional
Kektus =  Batangnya boleh menyimpan banyak air untuk keperluan asasnya
Paku pakis = tumbuhan terawal di muka bumi
Dedalu = menumpang pada tumbuhan lain untuk menbdapatkan makanan

Gambar bahagian-bahagian Bunga

Peranan Bahagian-bahagian Bunga

J   Setiap bahagian bunga ada tugas masing-masing.
1.       Tangkai Bunga -  Memegang dasar bunga.
2.       Bahagian Luar Bunga (Sepal) – Melindungi kuntum bunga Sebelum bunga mengembang.
3.       Kelopak Bunga ( Petal ) Kelopak bunga berwarna terang di bahagian dalam sepal
    - untuk menarik perhatian serangga menghampiri bunga.
4.       Organ Jantan Bunga( Stamen) – terdapat cepu debunga yang terletak pada hujung  
          filamen.
5.       Karpel terletak dihujung tangkai – Organ pembiakan betina mengandungi ovari dan
          Stigma.  Setiap satu ovari mengandungi Ovum.
6.       Ovum – Sel telur betina.

J  Pendebungaan ialah proses perpindahan debunga dari cepu debunga ke stigma. Serangga 
      atau haiwan kecil adalah antara agen pendebungaan bagi Bunga.

Wednesday, 7 December 2011

Tumbuh-tumbuhan

Tumbuh-tumbuhan kelihatan segar dan subur kerana keperluan asas dipenuhi.
Keperluan Asas Tumbuhan
Air, udara dan cahaya matahari ialah keperluan asas tumbuhan untuk terus hidup.
Tumbuhan akan mati tanpa udara.
Akar tumbuhan menyerap air dari dalam tanah.
Tumbuhan akan layu dan mati sekiranya tidak mendapat air.
Kita perlu memastikan tumbuhan mendapat keperluan asas supaya tumbuhan hidup dengan subur.

Tumbesaran Tumbuhan
Semasa tumbesaran, tumbuhan mengalami pertambahan tinggi dan pertambahan bilangan daun.
Setelah membesar dan cukup matang, tumbuhan akan mula mengeluarkan bunga dan berbuah.