Sunday, 11 December 2011

Peranan Bahagian-bahagian Bunga

J   Setiap bahagian bunga ada tugas masing-masing.
1.       Tangkai Bunga -  Memegang dasar bunga.
2.       Bahagian Luar Bunga (Sepal) – Melindungi kuntum bunga Sebelum bunga mengembang.
3.       Kelopak Bunga ( Petal ) Kelopak bunga berwarna terang di bahagian dalam sepal
    - untuk menarik perhatian serangga menghampiri bunga.
4.       Organ Jantan Bunga( Stamen) – terdapat cepu debunga yang terletak pada hujung  
          filamen.
5.       Karpel terletak dihujung tangkai – Organ pembiakan betina mengandungi ovari dan
          Stigma.  Setiap satu ovari mengandungi Ovum.
6.       Ovum – Sel telur betina.

J  Pendebungaan ialah proses perpindahan debunga dari cepu debunga ke stigma. Serangga 
      atau haiwan kecil adalah antara agen pendebungaan bagi Bunga.

No comments:

Post a Comment